Siakap Keli

(Video) Lebih 1 Juta Tontonan, Kuda Lari Masuk Semula Ke Hutan Terbakar Selamatkan Keluarga Dari Terkorban

Dengan lebih 1 juta tontonan, aksi seekor kuda yang dipercayai kuda betina berlari masuk semula ke hutan untuk menyelamatkan anak-anaknya tular di laman twitter. Tak sampai 24 jam ia dimuatnaik, video berkenaan diulang kicau lebih 26k kali dan mendapat tanda suka 102k.

Rakaman berdurasi 23 saat itu memaparkan seekor kuda hitam yang berlari semula masuk ke arah hutan yang terbakar walaupun sebelum itu ia telah bawa keluar ke tempat yang lebih selamat.

Kuda terbabit berlari mendapatkan dua ekor kuda lain yang dipercayai merupakan ‘anak dan suaminya’.

Makhluk hebat ini mengajar kita erti kehidupan, ianya tentang cinta, kasih sayang dan kebersamaan serta sifat sentiasa saling menjaga satu sama lain

Nak menangis tengok video ni

Kuda tu sebenarnya kuda betina. Kasih yang seorang mak, dia pasti kembali untuk selamatkan ‘anak dan suaminya’

Sungguh indah, tapi selalu kita terlepas pandang mengenai perkara ini walhal kita sebagai manusia yang patut melakukannya

Kalaulah ramai manusia yang bersikap macam ni, ada integriti, berani, jujur dalam melaksanakan tugas

Kuda ni haiwan yang hebat tapi Penciptanya lebih hebat

Tiada yang lebih menakjubkan dari kasih sayang seekor haiwan, kita sebagai manusia sepatutnya boleh belajar dari sikap haiwan ni

Menakjubkan bila tengok haiwan lebih bersifat manusiawi dari manusia sendiri

Sumber: Stance Grounded

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)