Siakap Keli

Capai 14K Tanda Suka, Wanita Kahwin 2 Bulan Bagi ‘Tips’ Jaga Suami Kena Kecam

Saat baru berkahwin, semuanya kelihatan indah dan menyeronokkan. Namun, ia bukanlah semudah yang disangka kerana alam perkahwinan penuh dengan ombak dan badai yang harus diharungi bersama.

Perkongsian seorang wanita mengenai tips rumah tangga yang mendapat 14 ribu tanda suka ini menjadi tular di media sosial dalam tempoh beberapa jam dimuat naik.

Manakan tidak, baru sahaja dua bulan berkahwin, wanita ini telah memberi tips kepada semua wanita mengenai cara terbaik menambat hati suami.

Rata-rata netizen bukan sahaja memberi kecaman bertubi-tubi malah turut ‘berterima kasih’ kepada wanita tersebut yang memberikan tips yang ‘bernas’ kepada mereka.

Mungkin ada di antara anda di luar sana yang mahu mempraktikkan tips yang diberi ini? Selamat mencuba!

Baru dua bulan ingatkan 20 tahun

Dua bulan kentut pun wangi..

Awalnya memang manis-manis belaka..

Selama 22 tahun jadi isteri, baru hari ini dapat tips berguna..

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra