Siakap Keli
Kredit: Jenal Abu Bakar

Bawa Kereta Lelong Makan Jalan, Bagi Lampu Pun Tak Ada Kesan, Rupanya Main Telefon Kat Lorong Kanan

Kecuaian kita di atas jalan raya bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri, namun orang lain.

Menurut statistik oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sekurang-kurangnya 94 peratus kemalangan berpunca daripada sikap dan gaya pemanduan pengguna jalan raya.

Laman Don’t Text & Drive pula menyatakan kemalangan sering berlaku dalam hanya tempoh 3 saat setelah pemandu terganggu dengan perkara lain.

Dalam satu video dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Jenal Abu Bakar, sebuah kereta dipandu dalam keadaan lelong di lorong paling kanan, didakwa di Lebuhraya PLUS menghala Seremban pada 1 November lalu.

Dalam video yang direkodkan pada 7.30 malam itu, kelihatan sebuah kereta jenis Toyota memandu di lorong kanan dalam keadaan membahayakan.

Pemandu tersebut dilihat memasuki lorong di sebelah kiri dan menekan brek walaupun jarak dengan kenderaan hadapan masih jauh.

Perakam yang menunggang motosikal akhirnya bertindak memotong dan mendapati pemandu Toyota tersebut sedang menggunakan telefon ketika pemanduan.

Kredit: Jenal Abu Bakar
Kredit: Jenal Abu Bakar
Brek sedangkan tiada kereta di hadapan. (Kredit: Jenal Abu Bakar)
Kredit: Jenal Abu Bakar

Sumber: Jenal Abu Bakar

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.