Siakap Keli

Menyayat Hati, Viral Foto Kakak Kurus-Kering Dipercayai Berlapar Semata-Mata Nak Simpan Duit Rawat Adik

Walaupun berusia 24 tahun, berat Wu Huayan hanya mencecah 21 kilogram dengan ketinggian 135 sentimeter sahaja didakwa gara-gara menahan lapar demi mengumpul wang menyara adiknya yang mempunyai masalah kesihatan.

Wu merupakan seorang pelajar kolej yang tinggal dalam kemiskinan setelah ibu bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 4 tahun. Dia bertanggungjawab menjaga adiknya dengan melakukan beberapa kerja sampingan dengan pendapatan bulanan sekitar 600 yuan (kira-kira RM355).

Berbekalkan pendapatan sampingan yang tidak seberapa serta subsidi, mereka hidup dengan RM763 sebulan. Wu hanya memperuntukkan 2 yuan bersamaan kira-kira RM 1.20 sahaja setiap hari untuk menampung perbelanjaan hariannya manakala selebihnya disimpan untuk kos perubatan adiknya.

Dia tidak mengambil sarapan, namun hanya makan ketika lapar pada waktu tengah hari dan malam dengan mencampurkan nasi bersama sos cili yang dibuat sendiri.

Disebabkan tabiat pemakanan sebegini, dia mengalami masalah kekurangan nutrisi yang serius. Rambut dan keningnya gugur beransur-ansur, sistem imun menjadi lemah manakala kakinya menjadi bengkak.

“Saya tak boleh kehilangan dia”

Adik lelaki Wu pula disahkan mengalami masalah tekanan mental dan perlu mendapatkan rawatan di hospital dengan kos 5000 yuan, bersamaan kira-kira hampir RM3000.

“Saya dah kehilangan ibu bapa. Adik saya merupakan satu-satunya saudara saya. Saya tak boleh kehilangan dia,” kata Wu.

Mujurlah selepas setahun menjalani rawatan, adiknya mula pulih dan membantu Wu mencari pendapatan.

Tak boleh berjalan

Hari demi hari, kesihatan Wu menjadi semakin teruk. Dia hanya mampu berjalan pada jarak lebih kurang 40 meter sahaja. Akhirnya, dia dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital. Namun disebabkan kos yang mencecah lebih RM118,000, dia menolak untuk mendapatkan rawatan.

Tiga daripada injap jantungnya turut diperiksa.

Tidak dapat menahan kesedihan melihat nasib dua beradik itu, saudara mara dan rakan-rakan membantu mereka mencari dana perubatan melalui internet. Orang ramai mula memberi sumbangan, bahkan ada antara mereka yang memberi separuh daripada gaji bulanan kepada tabung perubatan Wu.

Semoga Wu Huayan cepat sembuh dan menjadi semakin sihat. Ramai antara kita yang mengeluh tak cukup duit sedangkan masih boleh makan di restoran makanan segera dan berbelanja seperti biasa. Moga kisah Wu buatkan kita lebih bersyukur.

Sumber: HK01

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.