ALOR SETAR, 4 Nov (Bernama) – Seorang ibu dan anak perempuannya meninggal dunia, selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori, di hadapan kedai makan di Padang Lalang, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 pagi itu, mangsa Shuida Shaari, 55, dan anaknya Anisah Shafiqah Habiballah, 28, yang menaiki kereta jenis Perodua Viva, meninggal dunia di hospital.
“Kejadian berlaku apabila anak mangsa yang memandu kereta itu membuat pusingan U secara tiba-tiba dan telah masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 45 tahun, yang datang dari arah Kuala Sungai menuju ke Alor Janggus.
“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut. Anak mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi manakala mangsa meninggal dunia pada pukul 2.45 petang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya, pemandu lori yang berasal dari Kuala Perlis, Perlis itu hanya mengalami luka dibahagian tangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Antara rakan anak kepada mangsa turut memberikan ucapan takziah kepada keluarga di laman Facebook.
“Aku rasa macam mana hang rasa kehilangan orang tua”
“Semoga Allah kurniakan ganjaran Syurga untuk Kak dan Mak hang Hakem”
“Rasa macam tak cayaaa sangat, terus bukak Facebook tengok sunguh ka dak berita yang orang kampung bagitahu”
Sumber: Bernama, Facebook