Siakap Keli

Ibu Dakwa Hospital Gagal Kenal Pasti Jantina Bayi Jadi Punca Anaknya Hampir Maut

Seorang wanita yang juga seorang ibu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital selepas gagal mengenal pasti jantina bayi byang baru dilahirkan. Pihak hospital mendakwa bayi tersebut sebagai bayi lelaki.

Bayi itu dinamakan Maxim dan dikatakan mengalami sindrom adrenogenital iaitu masalah pembesaran organ seksual. Kegagalan pihak hospital mengesan masalah yang dialami oleh bayi itu lebih awal hampir mangamcam nyawa bayi tersebut.

 

Terdapat keadaan yang jarang berlaku dibahagian kemaluan bayi tersebut sehingga pihak hospital mengdiagnosis ia sebagai zakar.

Berlaku keraguan tentang hal tersebut, ia dapat dikesan apabila selepas dua minggu kelahirannya, kesan ‘ketumbuhan’ yang terdapat pada kemaluannya itu telah ‘pudar’.

Ibu bayi tersebut bergegas membawanya ke hospital untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh bayinya.

Menurut pakar perubatan Rusia, bayi itu merupakan bayi perempuan yang telah menerima jangkitan pada kemaluannya.  Oleh itu, bayi tersebut telah diberikan rawatan dan dijangka akan menjalani pembedahan apabila dia sudah berumur antara 18 bulan dan dua tahun.

 

Ibunya terpaks pergi ke mahkamah untuk membuat sijil kelahiran yang baru kerana proses untuk menukar dokumen penting itu tidak mudah untuk dilakukannya.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)