Siakap Keli
Conscious Reminder

Rumahtangga Runtuh Selepas Sekian Lama Bersama, Brad Pitt Kongsi 18 Tips Untuk Suami Supaya Tak Ulangi Kesilapannya

Siapa yang tak kenal dengan aktres Brad Pitt yang pernah gempar bercerai dengan Anjelina Jolie. Mungkin ramai yang terkejut dengan kisah penceraian mereka bukan?

Menurut Brad Pitt, kehilangan seorang wanita yang disayangi selepas hampir 11 tahun berhubung sangatlah pedih. Oleh itu, dia dipercayai telah berkongsi 18 tip untuk memastikan anda tidak melakukan kesilapan yang sama seperti dirinya.

1.Jangan pernah sesekali mengabaikan isteri anda

Anda telah berjaya mencuri hati isteri anda. Jadi ia merupakan hadiah yang cukup bermakna dalam kehidupan anda. Isteri merupakan satu anugerah yang cukup bernilai kerana mereka telah menyerahkan sepenuh jiwa raganya untuk anda. Jadi, jagalah hati isteri anda. Jangan pernah berhenti untuk terus mencintainya.

2. Belajar untuk mencintai diri sendiri

Belajarlah untuk mencintai diri anda sendiri dan terimalah kehidupan anda seadanya. Berikan satu ruang dalam hati anda untuk isteri. Tiada siapa yang boleh mengisi ruang tersebut kecuali isteri anda.

3. Sentiasa jatuh cinta kepada pasangan

Hati manusia sering berubah-ubah. Mungkin cinta yang berputik sejak 10 tahun yang lalu akan terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu, perbaharuilah rasa cinta terhadap pasangan anda supaya hubungan cinta yang terjalin akan terus utuh. Jika anda mengabaikannya, anda mungkin akan kehilangannya buat selama-lamanya.

4. Pandanglah sesuatu secara positif

Jangan terlalu mencari salah isteri. Hargailah setiap pengorbanan dan kebaikan yang telah dia korbankan selama bersama anda. Selalu berkata pada diri sendiri bahawa anda adalah insan terpilih untuk bersama isteri bagi meniti saat-saat bahagia bersama.

5. Jangan cuba mengubahnya!

Jangan pernah halang apa yang isteri yang anda suka! Walaupun dia berubah, cuba untuk mencintai keperibadian barunya, sama ada anda suka atau tidak.

6. Ambil tanggungjawab untuk kekalkan kebahagiaan

Membuat isteri anda bahagia bukanlah satu pekerjaan. Namun anda harus berusaha untuk memastikan diri anda dan pasangan anda berasa bahagia, gembira dan rasa dicintai.

7. Jangan menuduh isteri

Walaupun anda sedang  marah atau kecewa dengan isteri, jangan lepaskan amarah itu terus kepada mereka. Mereka adalah emosi ANDA dan tanggungjawab ANDA. Anda memilih wanita ini untuk menjalani satu kehidupan yang baru, jadi anda sendiri yang perlu mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan hubungan tersebut.

8. Dampingi pasangan anda

Jadi pendengar setia buat pasangan anda. Dia mungkin pendam seribu satu perasaan. Dengar apa yang ingin dikongsi supaya dia ada tempat untuk meluahkan segala-galanya.

Wanita sememangnya beremosi tapi jiwanya kuat dan tak mudah untuk mengalah. Jangan cuba untuk selesaikan masalah yang dia hadapi, anda cuma perlu ada disampingnya ketika diperlukan supaya dia tahu anda adalah pasangan yang terbaik dan pendengar setia buat dirinya.

9. Jangan terlalu serius dalam perhubungan

Sentiasa buat pasangan anda ketawa bahagia supaya dia dapat melupakan segala masalah.

Ambil tahu 10 perkara apa yang pasangan anda suka. Sentiasa lakukan perkara tersebut dalam kehidupan harian anda bersamanya supaya isteri merasa dirinya sentiasa dihargai.

10. Berikan perhatian sepenuhnya ketika bersama isteri

Jika sedang bersama isteri, lupakan perkara-perkara lain. Layanlah isteri anda kerana ini merupakan saat bahagia anda bersama-samanya setelah penat bekerja.

11. Elak lakukan kesilapan yang sama

Pastinya anda akan melakukan banyak kesilapan setelah lama hidup bersama. Cuba untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Semua orang didunia ini tidak sempurna, namun setiap kesilapan boleh diperbaiki untuk menjadikan diri kita lebih baik.

12. Beri ruang untuk isteri bersendirian

Seorang wanita memberikan segala-galanya tanpa berehat dalam hubungan, perkahwinan, dan anak-anak. Jadi dia memerlukan masa dan ruang untuk bersendirian seketika untuk merehatkan diri. Setelah itu, mereka tidak akan berasa tertekan dalam menguruskan rumahtangga.

13. Terima kelemahan diri

Belajar untuk berkongsi masalah. Jangan takut untuk menangis di hadapan mereka dan jangan malu untuk mengaku kesilapan diri sendiri.

14. Bersifat jujur dengan pasangan

Jika anda inginkan rumahtangga yang bahagia, dapatkan kepercayaan isteri terhadap diri anda. Berkongsilah segalanya dengan isteri walaupun ianya sangat pahit untuk ditelan. Ia mungkin sukar kerana memerlukan pengorbanan yang besar, namun anda akan mendapat tempat yang paling dalam di dalam hatinya. Hal ini akan membuatkan isteri anda makin mencintai anda.

15. Berusaha lakukan yang terbaik 

Bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa bahagia, anda seharusnya berkerja keras untuk menghidupkan suasana didalam rumah. Lakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan hubungan anda dan isteri semakin rapat.

16. Jangan terlalu risau mengenai kewangan

Duit datang dan pergi. Jangan terlalu berfikir mengenai siapa yang lebih menjana pendapatan dalam rumahtangga. Ianya akan membuatkan diri anda terbeban. Anda hanya perlu bersama-sama bergabung tenaga untuk mencari rezeki bersama pasangan anda.

17. Jangan simpan dendam 

Jangan biarkan masa lalu mempengaruhi masa depan anda. Kesilapan yang lalu haruslah dilupakan untuk membuka peluang supaya kesilapan tersebut dapat diperbaiki. Jangan terlalu bersifat negatif kerana ianya akan merenggangkan hubungan anda dengan isteri.

18. Utamakan cinta

Perkahwinan bukannya mengenai kebahagiaan di penghujungnya. Namun ianya adalah mengenai permulaan yang memerlukan banyak pengorbanan daripada diri anda sendiri. Hidup berumahtangga ini sememangnya ada naik turunnya. Untuk memastikan rumahtangga sentiasa bahagia, cinta harus dipupuk setiap hari supaya ianya kekal untuk selama-lamanya.

Sumber: consciousreminder

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.