Siakap Keli

“Bahaya Untuk Kapal, Nelayan,” MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika, Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan satu kenyataan nasihat Ribut Tropika (NAKRI) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang keluarkan tersebut, Met Malaysia memaklumkan ribut tropika (NAKRI) ini menyebabkan berlakunya angin kencang berkelajuan 108km/j dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 908 kilometer ke Timur Laut dari Beaufort Sabah, Malaysia.

Terkini, Met Malaysia telah mengeluarkan amaran kategori kedua.

Angin kencang barat daya berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Sabtu, 9 November 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

 

Sumber: Met Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)