Siakap Keli

(Video) Misteri 25 Kubur Ditemui Berlubang Di Bahagian Kepala, Dipercayai Perbuatan Syirik

Pertemuan sebanyak 25 buah kubur yang ditemui berlubang pada bahagian kepala dalam satu kejadian dipercayai ada individu yang melakukan perbuatan syirik di sebuah Perkuburan Kampung Pakemitan, Tasikmalaya, Jawa Barat.

Menurut penjaga kawasan kubur berkenaan, keadaan kubur yang pertama berlubang ditemui oleh ahli keluarga yang datang menziarahi kubur tersebut.

“Saat melakukan pengawasan di tempat tersebut, terdapat lebih daripada 20 kubur yang telah digali pada bahagian kepala jenazah.”

Tambahnya lagi, tiada kehilangan mana-mana jenazah di dalam kubur tersebut melainkan kerosakan pada bahagian bawah batu nisan sebelah kepala sahaja. Ia seakan-akan digali menggunakan tangan sahaja.

Sehubungan dengan itu, para keluarga turut melakukan gotong-royong untuk membersihkan serta membina semula kubur yang rosak akibat perbuatan tidak bertanggungjawab teresebut.

Sehingga kini, pihak polis tidak dapat mengesan individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara ini.

Sumber: Kompas.com

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.