Siakap Keli

Daripada Atas Persis Tasik, 200 Penghuni Tertipu Rupanya Ia Sekadar Hamparan Plastik Biru

Beberapa pemilik rumah di Changsha, Hunan, China merasa tertipu apabila mendapati ‘tasik’ mereka diperbuat daripada hamparan plastik biru.

Perumahan di daerah Tianxin itu baru sahaja dihuni kira-kira oleh 200 orang pemilik rumah namun mereka kecewa dengan pelbagai kekurangan yang terdapat di sekitar perumahan itu seperti bar keluli yang terdedah, gelanggang bola keranjang dan peralatan yang  tidak direka dengan baik.

Perkara yang paling luar biasa adalah kolam renang yang sangat aneh di bahagian bawah perumahan tersebut. Dari jauh, ia kelihatan seperti landskap ‘jambatan kecil’ tetapi sebenarnya merupakan lantai plastik yang dicat dengan warna biru.

Pemaju perumahan menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menjanjikan ‘tasik’ dan lantai biru tersebut direka bertujuan untuk persekitaran dan pemandangan yang indah. Pihaknya juga telah menerima maklum balas daripada pemiliknya dan akan mengendalikannya dengan sebaik mungkin.

Sumber: Sinchew Daily

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra