Siakap Keli

(Video) Terlentang Atas Jalan, Penunggang Motosikal Cari Nahas Keluar Simpang Terus Nak Ke Lorong Kanan

Kemalangan jalan raya adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan. Jika segala langkah keselamatan diendahkan, risiko untuk mengalami kecederaan yang serius itu mungkin akan berlaku.

Baru-baru ini memaparkan satu kejadian kemalangan yang menunjukan seorang penunggang motorsikal yang datang daripada persimpangan jalan dilihat cuba memasuki lorong sebelah kanan secara tergesa-gesa.

Akibat perbuatan tersebut, dia kemudiannya terjatuh di atas jalan raya akibat bergesel dengan sebuah kenderaan lain.

Dalam video tersebut, penunggang motorsikal itu dilihat merapatkan motorsikalnya dengan salah sebuah kereta yang baru sahaja melepasi lampu isyarat .

Video yang berdurasi selama 1 minit 15 saat itu telah mendapat lebih 90 ribu tontonan di Twitter.

Walau bagaimanapun, keadaan penunggang motorsikal itu tidak dapat dipastikan.

Sumber: @My_CrimeWatch

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.