Siakap Keli

”Pening Setiap Hari Ke Bang?” Pekerja Dakwa Lelaki Rembat Hampir 50 Keping Panadol Di Kedai Sampai Licin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jenayah seperti curi dan samun semakin menjadi-jadi di negara ini. Walaupun langkah-berjaga sudah dilakukan seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kedai mahupun pasaraya, tetapi penjenyah seakan tidak takut atau gentar dengan undang-undang.

Boleh dikatakan, apa sahaja yang boleh membawa keuntungan akan dijadikan bahan curian walaupun ada kalanya barangan tersebut tidak terfikir oleh kita.

Seperti kes yang berlaku di sebuah pasaraya serbaneka 24 jam, yang dilaporkan baru-baru ini. Suspek yang dikesan melalui CCTV itu didakwa telah merembat kesemua panadaol jenis Actifast, hampir 50 keping.

”Habis licin dia curi..”

Posting yang tular itu mendapat perhatian ramai netizen. Ada yang menyatakan bahawa suspek mungkin bertindak demikian kerana mempunyai masalah kesihatan atau terdapat ahli keluarga yang sakit.

Tetapi, menerusi satu komen, insiden kecurian panadol dikatakan adalah satu sindiket yang dicuri untuk dijual semula di pasaran gelap.

Setiap tiga kali pusing curi segengam

Mungkin anak dan isteri sakit

Husnuzon mana tahu ada masalah duit, terpaksa curi untuk kesihatan

Kecurian panadol memang sindiket

Sumber :

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.