Siakap Keli

Dah Ada 7 Episod Ceramah, Netizen Teruja Mufti Buka Akaun Spotify Sebar Dakwah

Teknologi pada hari ini telah menjadikan segalanya lebih mudah dan cepat termasuk untuk mendapatkan ilmu berkaitan agama. Selain pergi sendiri mendengar ceramah agama, kita juga boleh melayari pelbagai aplikasi serta media sosial yang dipenuhi dengan himpunan ilmu dari pakar-pakar agama yang bertauliah.

Terbaharu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mempunyai akaun Spotify yang memuatkan ceramah beliau berkaitan isu-isu serta kemusykilan berkaitan agama.

Menerusi laman Twitter miliknya, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memberitahu bahawa orang ramai boleh memuat turun Spotify dan mengikuti akaun beliau.

Rata-rata netizen memberikan reaksi yang positif dan teruja dengan perkara tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun Spotify Dr Zulkifli telah memuat naik  sebanyak tujuh episod ceramah.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sofea

There's always another side to every story