Siakap Keli

Evolusi Dan Sejarah Logo Apple Yang Ramai Pengguna iPhone Tak Tahu

Apple, hanya satu perkataan biasa yang jika sekali dengar apa mungkin nama itu cukup komersial untuk pasaran antarabangsa.

Boleh dikatakan logo dari Apple ini menerima banyak juga spekulasi yang menyatakan kenapa ia harus apple?

Sejarah apple adalah Steve Jobs menyukai Beatles hingga pada satu masa dimana dia mendapatkan nama apple ini dari label salah satu album mereka.

Selama puluhan tahun sejak Apple berdiri pada tahun 1976, tentu ia telah mengalami berbagai perubahan logo.

Berikut perubahan-perubahannya dan cerita di balik setiap perubahan tersebut.

LAMBANG ISAAC NEWTON (THE NEWTON CREST) – 1976 SAMPAI 1976

Logo yang pertama ini dicipta oleh Ronald Wayne pada tahun 1976 iaitu co-founder ketiga dari Apple.

Dalam logo tersebut menggambarkan Isaac Newton duduk di bawah pokok yang tergantung epal atas kepalanya.

Logo Pelangi (The Rainbow Logo)- 1976 sampai 1998

Modul ikon itu telah di cipta oleh Rob Janoff. Logo itu menhjadi salah satu  logo yang terkenal seoanjang sejarah teknologi.

Janoff mengatakan gigitan yang terdapat pada logo itu adalah untuk membezakan epal dengan tomato.

Logo ini digunakan cukup lama, iaitu selama 22 tahun sebelum akhirnya diubah sekali lagi oleh Steve Jobs.

Logo Monochrome – 1998 sampai sekarang

Rekaan logo Apple ini bertahan sungguh lama sampai Steve Job memutuskan mengubah logo penuh warna tersebut menjadi logo dengan warna yang solid.

Hal ini sesuai dengan trend waktu itu yang mementingkan minimalis dan mengikuti zaman millenium yang baru. Logo seperti warna monochrome mula menggantikan logo pelangi sejak iMac pertama dikeluarkan. Kemudian Apple beralih ke logo warna kelabu dan kini logo warna hitam sering kelihatan pada produk-produk terbaru mereka.

 

 

Sumber : Think Marketing Magazine

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)