Siakap Keli

Tak Mampu Nak Sewa Van Jenazah, Ibu Ayah Nak Bawa Jenazah Bayi Naik Bas Ekspress

Setiap orang diberikan ujian yang berbeza, lebih-lebih lagi diuji dengan kehilangan orang yang tersayang. Bukan mudah untuk mencari kekuatan yang hilang itu. Kehilangan anak yang dikandung sembilan bulan akhirnya pergi begitu sahaja.

Ditambah dengan bebanan hidup, pasti tidak mudah untuk dilaluinya. Kisah pasangan suami isteri yang kehilangan bayi mereka setelah gagal menjalani pembedahan setelah empat bulan di hospital. Dengan suasana yang sayu, ibu bayi itu memasuki ke ruang bilik mayat hospital sambil mengendung bayi ditemani suaminya.

Sunggul menampakkan wajah kedua pasangan itu, mereka dikatakan ingin menaiki bas express balik ke Kulim, Kedah kerana tidak mampu untuk menyewa van janazah. Bayangkan keperitan yang mereka sedang lalui saat itu. Dengan kehilangan anak, desakan hidup untuk membiayai pengurusan jenazah anaknya. Namun, nasib ada seorang nurse di wad hospital itu sanggup memberi sumbangan wang untuk bas express itu.

Pasangan suami isteri itu tekad membawa pulang jenazah bayi mereka menaiki bas express,disebabkan keperihatinan dari Kun Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, beliau telah menawarkan diri menggunakan van jenazahnya untuk membawa pulang bayi itu. Dalam perjalanan, mereka berhenti seketika untuk makan. Uncle Kentang itu menyuruh pasangan tersebut pergi makan terlebih dahulu namun ditolak kerana ingin menjaga bayi mereka.

Uncle Kuan bertindak menyeluk saku dan memberi kepada pasangan itu, dengan bergegas si suami pergi membeli makanan. Jelaslah, pasangan itu dalam kedesakan dan tidak mempunyai wang untuk makan. Keperitan hidup yang dilalui oleh pasangan suami isteri itu membuatkan hati tersentuh.

Bila seseorang berhadapan dengan masalah, kita perlu membantunya dan tidak mengabaikan mereka. Mungkin harini mereka besok lusa mana tahu kita pula yang akan ditimpa musibah. Maka marilah sama-sama kita membantu.

Sumber: Facebook

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)