Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Sikuan ‘Maut’ Atlet Muay Thai Malaysia, Buat Lawan Terus Tersungkur Dalam Gelanggang

Atlet Muay Thai Malaysia, Rifdean Masdor berjaya memenangi pingat emas dalam kategori 45kg selepas menewaskan atlit Laos dalam temasya Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina.

Rifdean yang berasal daripada Kuching, Sarawak itu telah memenangi perlawanan tersebut secara TKO pada pusingan kedua menerusi libasan maut menggunakan siku kirinya.

Dalam pada itu, lawan yang terus rebah ke lantai gelanggang selepas menerima libasan sikunya itu telah dikejarkan ke hospital.

Berikutan dengan itu, Rifdean Masdor, 17, yang juga merupakan Juara Muay Thai Remaja Dunia telah dinobatkan sebagai pemenang oleh pengadil perlawanan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Rifdean Masdor atas sumbangan pingat emas kepada negara.

Berikut adalah aksi penuh perlawanan Rifdean Masdor menentang atlet Muay Thai Laos:

https://www.youtube.com/watch?v=Iizy4WPjKhI

https://www.youtube.com/watch?v=tjzcbx2Y1sc

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: Astro Arena

Aqmal Ezany

I write what is right