Siakap Keli

“Jangan Niaga Jersi Tiruan, Takut Kena Tangkap,” Dari Peniaga Di Pasar Malam Kini Bergelar Jutawan

“Saya mahu bantu peniaga kecil, perniaga jersi di pasar malam, uptown dan bisnes online, kenapa perlu berniaga takut-takut sebab jual jersi tiruan, saya bantu bagi jual jersi original dan sah disisi undang-undang” begitulah kata-kata founder Blackrino, Amran Abu Bakar.

Kalau sebut pasal jersi, otak secara automatik akan teringat kepada jenama-jenama besar seperti Adidas, Nike, Puma, New Balance dan sebagainya.

Dijual pada harga yang tinggi, akibatnya ada jenama ini yang menjadi mangsa cetak rompak dan dijual pada harga yang murah. Biarpun satu kesalahan, namun ia masih mudah ditemui dalam pasaran.

Malah, April lepas seorang penjual dah dikenakan hukuman denda sebanyak RM 26,000 kerana didapati bersalah menjual pelbagai barangan copy ori jenama antarabangsa termasuklah jersi di kedainya.

Tapi masih ramai yang tak tahu mengenai jenama jersi tempatan yang berkualiti dan original, Blackrino ini.

Bukan calang-calang tau jenama Blackrino, malah pihak syarikat sudahpun mengikat kontrak bersama pelakon terkenal tanah air, Shaheyzi Sam untuk menjadi duta syarikat.

Ketika ini, Blackrino sedang mencari agen di seluruh tanah air untuk menjadi pengedar jersi jenamanya.

Jenama original

Kelebihan utama Blackrino adalah, jenama ini adalah jenama original yang dimiliki secara sah oleh usahawan tempatan.

Menjual jersi copy ori sangat berisiko untuk perniagaan seperti diserbu pihak berkuasa. Jadi, menjual jersi original bukan saja menjamin kepuasan kepada pelanggan, malah bisnes anda juga lebih selamat.

Bayangkan sudah beli stok habis puluhan ribu ringgit, tiba-tiba kena rampas sebab jual barang tiruan yang memang salah dari segi undang-undang. Siapa yang rugi? Anda juga.

Silap-silap, kena denda atau penjara lagi.

Harga berpatutan

Walaupun original, tapi harga Blackrino dalam pasaran sangat berpatutan.

Jersi Blackrino Edisi Premium dijual pada harga RM 35 manakala Edisi Standard dijual pada harga RM 15 sahaja. Harga dan jenis rekaan jersi boleh disemak disini.

Rekaan menarik dan terkini

Blackrino ketika ini mempunyai sebanyak 10 hingga 15 rekaan dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Corak pada jersi yang ditawarkan adalah sangat menarik dan terkini, jadi sebagai peniaga ia tidak akan memberi sebarang masalah untuk anda menjualnya.

Setiap rekaan hadir dengan 3 pilihan warna.

Lagi satu, ia juga sangat sesuai untuk dijadikan baju event seperti sukaneka, sukan sekolah, universiti, kejohanan bola sepak atau sebarang sukan lain dan macam-macam event yang lain.

Jersi Blackrino juga menyediakan ruang untuk pembeli mencetak nama, nombor atau logo koporat dan ia tidak akan kelihatan bertindih dengan rekaan jersi. Sebelum terlupa, jersi Blackrino dihasilkan dua versi iaitu lengan pendek dan lengan panjang. Sesuai untuk semua tanpa mengira jantina.

Kat sini kami kongsikan sebahagian daripada rekaan-rekaan jersi Blackrino yang ada.

Ready size dari S hingga 5XL

Saiz memainkan peranan yang sangat penting untuk dijual. Blackrino datang dengan variasi saiz yang sangat sesuai dengan rakyat Malaysia. Saiz yang ditawarkan bermula dari S hingga 5XL.

Jadi, peniaga-peniaga tidak perlu khuatir kerana setiap baju yang dihantar kepada anda sebagai ejen boleh dijual dan memenuhi kehendak saiz pelanggan-pelanggan anda.

Iklan di seluruh Malaysia

Ini yang paling menarik, sebab produk Blackrino akan diiklankan diseluruh Malaysia oleh pemilik jenama Blackrino sendiri. Setakat ini, Blackrino dah pasang sebanyak 44 buah billboard di lebuhraya-lebuhraya utama di seluruh tanah air.

Jumlah billbord ini juga dalam perancangan untuk ditambah lagi lepas ni. Selain itu, macam yang kami cakap tadi, Blackrino juga akan dipakai oleh Shaheizy Sam sebagai Duta Produk.

Kat sini, soal pengiklanan, anda sebagai peniaga tidak lagi perlu pening kepala. Semua sudah diuruskan oleh syarikat. Malah, anda juga akan dibekalkan dengan baner dan roll up/stand baner untuk diletakan di kedai anda nanti.

Mahu bantu peniaga kecil

Inilah tujuan utama pemilik Blackrino, iaitu membantu peniaga kecil, khususnya yang menjual baju copy ori. Untuk menjadi pengedar jenama premium, memerlukan modal yang ‘keras’ dan diluar kemampuan sesetengah pihak.

Untuk menjual baju copy ori pula, ia sememangnya salah dari segi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

Blackrino mahu membantu peniaga-peniaga ini menjadi peniaga dan pengedar produk yang sah, jenama tulen dan kualiti menepati harga yang ditawarkan.

Malah, syarikat juga hanya mengambil pulangan yang rendah daripada ejen selain semua stok akan dihantar terus kepada ejen. Ejen juga boleh memilih jenis rekaan yang mahu dipasarkan.

Anda hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM250 sahaja untuk menjadi ejen. RM 100 adalah yuran ejen, manakala RM 150 lagi adalah untuk tujuan pengiklanan di seluruh tanah air.

Untuk menjadi ejen dan sebahagian daripada keluarga besar Blackrino di seluruh negara, hubungi melalui Whatsapp di 019-7771122 untuk berdaftar.

Anda juga boleh melayari facebook Blackrino dan Blackrino Sport untuk maklumat lanjut.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.