Siakap Keli
Kredit Foto: ewarta mara

”Top In Country, Top In World”, Viral Lima Pelajar Malaysia Raih Keputusan Cemerlang Dalam ”Exam” Susah Dunia

Pencapaian yang cukup membanggakan apabila lima pelajar daripada Kolej MARA Seremban telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan Cambridge International AS Level.

Ucapan sekalung tahniah kepada kelima-lima pelajar tersebut di atas kejayaan menerima anugerah yang diberikan oleh Cambridge Assessment International Education (CAIE) bagi pelajar yang mendapat markah tertinggi di seluruh dunia dan juga tertinggi di seluruh negara.

Kredit Foto: facebook Ajar

Kelima-lima pelajar ini telah memperoleh keputusan yang amat mengagumkan dalam Cambridge Examination  yang di duduki lebih 1 juta pelajar dari seluruh dunia.

Lebih 10,000 buah sekolah di seluruh pelusuk dunia termasuk UK, USA, China, India, Singapore, dan negara-negara meliputi Eropah, Selatan Amerika, Timur tengah serta Malaysia antara yang menduduki peperiksaan ini.

Muhammad Amirul Adam Mohamad Zambri telah menerima anugerah Top in Country dalam subjek Perakaunan. Manakala Muhamad Danial Yamany Dicky Yamany, Muhammad Adam Abdul Rashid, Nur Hidayah Khosim dan Raziq Kamaruddin menerima anugerah Top in World dalam subjek Matematik.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang lain untuk terus cemerlang dan maju ke hadapan di samping mengangkat imej negara Malaysia ke tahap dunia.

Sumber: Majlis Amanah Rakyat, ewarta.mara

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.