Siakap Keli
Kredit: Taufiq/Twitter

(Video) Lebih 10,000km Dari Negeri Sembilan, Pakcik Ini Ditemui Mahu Ke Mekah Dengan Berbeca

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap Muslim pastinya mengimpikan agar dijemput ke tanah suci Mekah sekurang-kurangnya sekali sebelum mati. Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke sana pula, ramai antara mereka yang meluahkan kerinduan untuk pergi buat ke sekian kali.

Rindu ke tanah suci, seorang warga emas sanggup bersusah payah memerah keringat merentasi jarak kira-kira 10,904 kilometer untuk ke sana. Jika sebelum ini kita pernah saksikan kumpulan konvoi menaiki motosikal dan basikal ke Mekah, kali ini seorang warga emas memilih untuk mengayuh beca dari Malaysia.

Pernah memegang rekod dunia dengan menarik beca sejauh lebih 2,000 kilometer dalam tempoh kira-kira sebulan pada tahun 2000, Tok Sitdek, 62, bercadang untuk bermusafir ke Mekah melalui Putrajaya merentasi Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan diikuti Arab Saudi.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh saudara Taufiq, Tok Sitdek dilihat sedang mengayuh beca sambil dirakam oleh orang awam yang terserempak dengannya di lokasi berkenaan.

Biarpun kelihatan penat, Tok Sitdek tersenyum dan melambai ke arah individu tersebut.

“Daripada mana ni?” Soal perakam video berkenaan dalam loghat Terengganu.

Dari Negeri Sembilan. Nak ke Mekah lah ni..”

“Dengan basikal?”

“InsyaAllah dengan basikal,” jawab Tok Sitdek dengan senyuman tak lekang di wajahnya.

Jom tonton video Tok Sitdek di bawah.

Video berkenaan telah menyentuh hati warga maya yang kagum, sebak dan mendoakan kesejahteraan Tok Sitdek.

Sebak

Moga dipermudahkan dan dilindungi perjalanannya

 

Bayangkan pahala yang dia dapat setiap putaran roda sebab ke Mekah nak buat ibadat haji. MasyaAllah aura dia tu.

Sementara itu, ada beberapa pengguna media sosial yang berkongsi lokasi terbaru orang awam bertemu Tok Sitdek.

Sumber: Taufiq, Sinar Harian

Amira

Love yourself.