Siakap Keli
Kredit: ICA

“Malaysia Got Talents”, Kena Gelak, Lelaki Kantoi Buat ‘Sandwich Rokok’ Seludup Ke Singapura

Sesiapa nak sandwich rokok untuk sarapan?

Pandai juga Jabatan Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura buat jenaka. Alkisahnya, seorang lelaki warganegara Malaysia telah berjaya ditahan ketika cuba menyeludup 32 bungkus rokok bagi mengelakkan cukai beberapa hari lepas.

Perbuatan lelaki ini sedikit sebanyak membuatkan netizen geli hati dengan usaha kreatifnya, terutamanya apabila berita itu disampaikan dengan kapsyen sinis jabatan imigresen.

Sesiapa nak sandwich rokok untuk sarapan?!

Pegawai ICA di Woodlands telah mendedahkan cubaan menyeludup 32 bungkus rokok yang tidak dibayar duti disorok dalam beberapa buku roti pada pagi 8 Disember.

Anggota kami memerhatikan seorang pelancong di balai ketibaan membawa empat buku roti dan berkelakuan mencurigakan.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk memeriksa lelaki terbabit dan menemui rokok diselit di antara kepingan roti.

Kes ini melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 52 tahun yang telah dihantar ke Kastam Singapura untuk siasatan.

Cara penyembunyian ini menimbulkan kekhuatiran andai cara yang serupa akan digunakan bagi mereka yang berniat untuk menyeludup barangan keselamatan ke dalam Singapura.

ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas para penumpang dan kenderaan untuk menjaga keselamatan Singapura.

Perkongsian tersebut menjadi bahan jenaka netizen dari Singapura dan Malaysia.

Bermacam perisa sandwich menjelang 2020

Idea level 19

Lepasni tak boleh bawa roti pergi kerja dari JB lagi

“Malaysia got talents”

Tu roti dan mentega mereka mungkin

Genius

Sandwich rokok, diperbuat di Malaysia

Sumber: ICA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.