Siakap Keli
Gambar : Jabatan Pengangkutan Jalan

Tidak Benar, JPJ Nafi Berita Viral Dakwa Boleh Buat Lesen Memandu Tanpa Ujian & Renew Roadtax Mati Tanpa Puspakom

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai sebuah iklan untuk memudahkan masyarakat namun ia menyalahi undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hari ini, pihak JPJ tampil memberi penjelasan dan menasihati masyarakat untuk tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang tidak bertanggungjawab itu.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil berat isu tular #viralJPJ yang disebarkan melalui media sosial sejak beberapa hari ini. Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan tawaran ‘penukaran nama geran tanpa owner asal, buat lesen memandu original tanpa perlu test dan renew roadtax mati tanpa perlu puspakom.

JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang urusan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) dan tukar hak milik kenderaan yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, ADALAH TIDAK SAH.

Pihak JPJ juga telah membuat laporan PDRM dan SKMM bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini. Dalam hal ini, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan menghubungi JPJ berdekatan untuk maklumat yang lebih tepat.

Saluran aduan http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do

 

Sumber: Jabatan Pengangkutan Awam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang