Siakap Keli
nora ariffin menyampaikan berita duka itu melalui Instagram miliknya
Gambar: Instagram

(Video) Anak Nora Ariffin, Alif Johan Meninggal Dunia

Alif Johan, anak kepada penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Berita pemergiannya dikongsikan Nora melalui laman Instagram miliknya.

“Anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin,” kata Nora sambil menahan air mata.

https://www.instagram.com/p/B6Cto_RnBUB/?fbclid=IwAR2hCJ58hsylkUlOdyT9WmDm2wJz0CVKrlmcOu5IIiCtnjoxoP8vHRLAhB4

Alif, 20 merupakan salah seorang peserta Mentor Millenia 2019. Dalam satu persembahan beliau, Alif pernah menyanyikan sebuah lagu buat arwah ayahnya, Johan Mohamed Nawawi yang meninggal dunia pada Mac 2017 yang lalu.

Selain itu, Allahyarham turut menyanyikan lagu “Salam Terakhir” dendangan allahyarham Sudirman pada minggu lepas.

Pemergian arwah menyusuri ayahandanya, Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada Mac 2017 lalu dipercayai akibat sakit jantung.

Jenazah Allahyarham Alif dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Terbaru, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang perkara pelik yang menunjukkan arwah mengalami sebarang masalah serius.

Malah, saluran darah arwah juga dilaporkan berada dalam keadaan baik semasa kejadian, kata Nora.

Kehilangan dua susuk penting tersayang di dalam hidupnya pasti menjadi detik sedih buat Nora Ariffin. Beliau menzahirkan rasa pilu di laman Instagram milik beliau mengenangkan kedua-dua insan kesayangannya itu.

Takziah buat Nora sekeluarga. Semoga Allah tempatkan Allahyarham Alif Johan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Nora Ariffin, Awani

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.