Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

Hanya Kerana Isteri Kuat Berleter, Lelaki Didakwa Bunuh Isteri & Empat Anaknya

Didakwa gara-gara tak tahan mendengar leteran isteri, seorang suami bertindak membunuh isteri dan anak-anaknya pada September lalu di Florida.

Suspek, 38, telah memukul kepala isterinya menggunakan kayu besbol sebelum membawa mayat mangsa di dalam van mini milik keluarga berkenaan selama 6 minggu.

Keempat-empat anaknya berkemungkinan dicekik atau dilemaskan, kata polis tempatan.

Lapor Daily Mail, lelaki itu mendakwa dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dileteri isteri yang menuduhnya curang.

Suspek ditahan pihak polis setelah mengalami kemalangan ketika sedang memandu di Brantley County, Georgia.

Apabila tiba di lokasi kejadian, pihak polis terhidu sesuatu yang amat busuk dari van mini miliknya sebelum menemui mayat isterinya, 32, yang telah mereput.

Suspek kemudiannya membawa pihak polis ke lokasi dia menanam mayat keempat-empat anaknya itu yang berusia satu hingga 10 tahun.

Motif pembunuhan walaubagaimanapun masih belum jelas, namun suspek mengaku berasa ‘lega’ tinggal di penjara.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.