Siakap Keli

Meloyakan, Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Najis Di Gelongsor & Pampers Dibuang Merata-Rata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa Taman Tasik Titiwangsa secara rasminya telah dibuka semula pada 15 Disember lalu setelah hampir setahun kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan dijalankan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi keselesaan pengunjung-pengunjung.

Sungguhpun begitu, pada hari pertama taman tersebut dibuka, pelbagai kerosakan dan pelanggaran peraturan dalam menggunakan taman tersebut dapat dilihat menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh Penolong Pengarah Kanan (Arkitek), Jabatan Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan Bangunan, DBKL, Noor Fazlina Rosley menerusi akaun Facebook beliau.

Antara kerosakan serta kesalahan yang dilaporkan dilakukan pengunjung adalah vandalisme di papan tanda, buang sampah merata-rata, penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen, dan banyak lagi.

Isu-isu tersebut tidak berakhir setakat itu sahaja, ini kerana, dalam perkongsian terbaru yang dikongsi oleh beliau menerusi Facebooknya baru-baru ini pula telah menunjukkan pelbagai kerosakan-kerosakan yang lebih teruk lagi dilakukan oleh pengunjung.

Menurutnya, hasil daripada tinjauan yang dilakukan pihak DBKL mendapati bahawa terdapat najis yang didakwa najis manusia dan lampin bayi bertaburan di dalam taman. Selain dari itu juga, ada pokok-pokok yang rosak didakwa dipijak oleh pengunjung yang tidak bertanggugjawab ini.

Tombol-tombol paip juga dilaporkan, lampu-lampu yang terdapat di pokok juga didakwa dicuri dan rosak akibat daripada kerakusan pengunjung yang menggunakan taman ini.

Sikap yang tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan segera. Ini kerana, perbuatan ini mencerminkan peribadi kita sebagai rakyat Malaysia kerana tasik ini bukan sahaja digunakan oleh rakyat Malaysia sahaja, ianya juga turut dikunjungi oleh para pelancong yang pastinya akan menilai pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia sekiranya mereka melihat kerosakan yang terdapat di tasik ini.

Justeru, orang ramai diseru agar gunakanlah kemudahan awam yang terdapat di taman ini secara berhemah dan patuh kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak DBKL dan tidak lupa juga supaya jaga kebersihan taman ini agar ianya dapat memberi keselesaan kepada pengunjung yang bakal mengunjunginya pada masa akan datang.

Adakah budaya ini adalah salah satu budaya masyarakat kita? Bagaimanakah caranya lagi untuk kita mengubah mentaliti kita supaya seiring dengan kemajuan negara? Fikir-fikirkanlah.

Najis di taman air kanak-kanak

Najis di gelongsor taman permainan kanak-kanak

Najis di Banjaran Canopy Walkway

Lampin bayi di buang merata-rata

Sampah merata-rata

Tanaman rosak

Sumber: Noor Fazlina Rosley

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.