Siakap Keli

Tak Merokok Di Kedai Makan, Tapi Puntung Rokok Bersepah Depan Kedai Orang Lain Apa Cerita?

Larangan merokok pada premis makanan dan restoran mempunyai satu matlamat sahaja iaitu untuk membawa kebaikan kepada masyarakat Malaysia.

Sebagai pelanggan di premis makanan sudah lega apabila melihat individu yang merokok sudah mula mengambil langkah jarak lebih tiga meter untuk meemnuhi tuntutan tabiat itu.

Namun lain pula yang terjadi, apabila seorang pengguna Facebook yang juga staff farmasi yang terletak di sebelah restoran meninggalkan komen dari kiriman Public Health Malaysia hari ini.

Ini adalah petikan komen daripada kiriman Public Health Malaysia.

“Tak merokok depan kedai orang lain, kedai orang lain kotor…”

Ini membuktikan bahawa golongan perokok masih lagi gagal mengawal tabiat membuang puntung merata-rata meskipun penguatkusaan larangan merokok di tempat awam.

 

 

 

Walaubagaimanapun, rata-rata orang ramai juga menyokong dengan kenyataan yang diberikan individu ini mengenai sikap perokok yang tidak bertanggungjawab.

“Mentaliti sampah masing-masing”

“Bukan takat abu, puntung dengan kotak bersepah”

“Perokok ni memang pengotor”

Sikap kurang beretika dengan membuang puntung rokok merata-rata adaalh tindakan yang tidak baik. Ia bukan sahaja berlaku di luar kawasan jarak 3 meter malah di tempat-tempat awam dan lebih teruk lagi di depan premis orang lain. Jagalah kebersihan, buanglah ditempat yang disediakan.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang