Siakap Keli
Kredit Foto: mirror

Alami Sakit Kepala Selama Tiga Minggu, Lelaki Ini Dipercayai Menderita Sifilis Pada Matanya

Seorang lelaki Sydney berusia 39 tahun mengalami sakit kepala selama tiga minggu dan didiagnosis dijangkiti sifilis pada matanya setelah mendapatkan rawatan di hospital.

Lelaki berkenaan mengadu kepada doktor yang merawatnya bahawa dia mengalami sakit ketika mengerakkan matanya.

Doktor mendapati saraf optik yang berfungsi menghantar maklumat ke bahagian otaknya telah mengalami bengkak.

Kredit Foto: mirror

Sifilis merupakan jangkitan bakteria yang disebarkan melalui alat kelaminn dengan mengadakan hubungan seks bebas.

Merujuk kepada laporan kes yang diterbitkan dalam British Medical Journal (BMJ) bahawa melalui ujian darah yang dilakukan telah menunjukkan dia telah dijangkiti sifilis pada matanya.

Jangkitan ini boleh merebak hingga menyebabkan kesakitan pada seluruh badannya dalam jangka masa yang panjang jika tidak dicegah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail, lelaki berkenaan memberitahu kepada doktor yang merawatnya bahawa dia mengadakan hubungan seks bebas dengan beberapa pasangan.

Menurut laporan kes, lelaki berkenaan telah mendapat rawatan dengan membersihkan jangkitan dalam tempoh dua minggu.

Rawatan susulan sebulan kemudian mendapati pembengkakan saraf optik kanan telah menurun manakala saraf pada sebelah kiri pula meningkat.

Namun begitu, pesakit berjaya dirawat dan telah didapati sembuh daripada penyakit berkenaan.

Sumber: Mirror

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.