Siakap Keli

Suami Didakwa Dera Isteri Sarat Hamil 7 Bulan Sampai Mati

Baru-baru ini terdapat kejadian di negara jiran yang telah mengejutkan penduduknya dengan berita kematian seorang wanita yang sarat hamil 7 bulan dengan badan yang penuh dengan kesan lebam dan luka.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Madura, Indonesia. Wanita malang ini dikhabarkan meninggal dunia selepas diseksa oleh suami dan anaknya sehingga buta dan akhirnya meninggal dunia.

Menurut Tribun,  suaminya Musa dan anak, Jamal mula menyeksa sejak tujuh bulan lalu.

Pada awalnya, wanita ini diseksa setiap hari tanpa henti oleh suaminya dan ananknya sehingga buta. Selepas itu, dia dijemput oleh keluarganya untuk pulang ke rumah.

Kemudiannya, dia dibawa pulang semula ke rumahnya beberapa minggu selepas itu oleh suami dan anaknya.

Sanima dipercayai sempat menelefon keluarganya untuk menjemput dia yang sedang sakit dengan berbohong bahawa dia jatuh bilik air sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Keluarga Sanima mencurigai cerita wanita itu, namun terus bergegas membawanya ke hospital selepas melihat keadaan wanita itu yang kritikal.

Walaubagaimanapun, mangsa akhirnya tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungannya.

Sumber : Tribunnews

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)