Siakap Keli

“Tiada Siapa Yang Faham Kemurungan Ni,” Bintang Terkenal Singapura Tinggal ‘Pesan’ Sebelum Ditemui Mati

Kemurungan boleh menjadi pembunuh senyap yang boleh merentap segala rasa dan jiwa dalam diri seseorang.

Baru-baru ini seorang bekas peserta Singapore Idol, Samantha Lee,  ditemui meninggal dunia dan berita tersebut disahkan melalui entri di Facebook miliknya.

Samantha telah meninggal dunia, anda semua dijemput untuk hadir ke ‘persembahan’ terakhir beliau pada 23 Disember.

Beberapa jam sebelum itu, Lee ada memuatnaik satu video ke Facebook miliknya.

Menerusi video itu, mendiang tidak bercakap apa-apa namun beliau memberitahu sesuatu pada ‘caption’ video tersebut.

Saya tahu anda semua mengambil berat terhadap saya. Terima kasih kepada orang-orang yang menolong, saya berjaya bertahan hingga sekarang.

Namun tiada sesiapa yang dapat memahami kemurungan yang saya lalui, kerana untuk memahaminya, anda harus melaluinya sendiri dan saya tidak mendoakannya kepada orang lain.

Saya tidak salahkan anda semua untuk itu namun saya akan menyalahkan anda jika ‘kepergian’ saya memberikan kesan kepada kebahagian anda.

Kita semua telah melakukan yang terbaik namun saya tidak sesuai untuk berada di atas dunia ini lagi dan saya tahu saya takkan pernah. Jadi ini ucapan selamat tinggal dari saya.

Lee dikenali oleh orang ramai apabila menyertai pertandingan nyanyian musim ketiga itu yang bersiaran pada tahun 2009.

Walau bagaimanapun, punca kematiannya masih belum dikenalpasti.

Mayatnya telah dikebumikan pada rabu semalam di Dewan Tiga Mandai Crematorium Services.

Sumber: CNA

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra