Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning berikutan jangkaan hujan lebat bermula esok hingga Khamis melibatkan beberapa kawasan di Sarawak.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
“Angin kencang 40 hingga 50 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Sarawak dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.
Sumber : Bernama