Sebaik sahaja kerajaan menguatkuasakan larangan menghisap rokok dan vape di premis makanan, dilaporkan sua pelancong dari Mesir dan Singapura telah disaman di Johor Bahru.
Larangan merokok ini kelihatan sangat efektif sejak ia mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020.
Anda turut boleh menjalankan tanggungjawab anda dengan melaporkan tindakan individu yang masih berdegil kepada pihak berkuasa melalui aplikasi Whatsapp.
Pengguna boleh menghantar bukti kesalahan, nama restoran, waktu dan lokasi kejadian dilakukan ke nombor 0108608949 atau boleh terus membuat panggilan ke 0388924530.
Selain itu, denda bagi kesalahan tersebut ialah denda sebanyak RM 250 dan boleh dikurangkan kepada RM 150 jika denda dibayar dalam tempoh kurang daripada sebulan.
Walaubagaimanapun jika pesalah ingkar, dia boleh didenda maksimum sebanyak RM 10,000.
Larangan merokok di premis makanan tertutup (berhawa dingin) diwartakan sejak 1993.
Bermula 1 Jan 2019, larangan merokok ini diperluaskan di premis makanan terbuka.
Tempoh setahun untuk pendidikan akan berakhir 31 Dis 2019.
1 Jan 2020 bermula penguatkuasaan penuh. pic.twitter.com/UT8bbSUNBp
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) December 31, 2019
Sumber : KKMPutrajaya