Tragedi pembunuhan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani tempoh hari yang diarahkan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua negara nuklear itu.
Terbaru, Donald Trump menerusi akaun rasmi Twitternya memberi amaran kepada Iran bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak teragak-agak untuk menyerang kawasan-kawasan penting di Iran.
Trump mendakwa bahawa Mejar Jeneral Qassim Suleimani sebelum ini pernah menyerang kedutaan besar Amerika Syarikat dan sedang merancang untuk menyerang beberapa lokasi lain milik AS.
“Iran telah menjadi masalah buat kami selama bertahun-tahun,” ujar Trump menerusi Twitternya.
Tambahnya lagi, sekiranya Iran menyerang apa-apa sahaja milik Amerika Syarikat, dia tidak akan teragak-agak untuk menyerang 52 kawasan yang amat penting bagi Iran secara pantas dan membinasakan.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: Twitter