Siakap Keli

“You Apa Pun Bukan,” Individu ‘Serang’ Raja Permaisuri Agong Cetus Kemarahan Netizen

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mengutarakan pendapatnya melalui akaun Twitter miliknya. Setiap kali Permaisuri Agong berkongsikan tweet, ianya pasti mendapat perhatian netizen. Walaupun dibanjiri dengan komen-komen positif, namun terdapat juga komen-komen sebaliknya.

Tidak terlepas juga, media-media tempatan turut mengambil kesempatan tersebut untuk berkongsikan kepada lebih ramai orang mengenai pendapat dan ujaran yang disampaikan oleh Tunku Azizah. Pun begitu, terdapat juga segelintir warganet yang menurunkan komen tak sensitif terhadap perkongsian tersebut.

Menerusi satu perkongsian artikel oleh sebuah media tempatan, terdapat satu komen yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan kemarahan rata-rata netizen. Perkongsian tersebut adalah mengenai pihak yang lebih berkuasa sama ada pihak Kementerian Pelajaran ataupun PIBG seperti yang dikongsikan oleh Permaisuri Agong.

Apa yang mengecewakan apabila individu tersebut mempersoalkan status Permaisuri Agong.

Rakyat paling berkuasa, kalau tak ada rakyat, you APA pun bukan.

Komen oleh individu berkenaan bagaimanapun telah menimbulkan reaksi marah dalam kalangan netizen terutamanya pengguna Facebook.

“Nenek moyang Tuanku lah yang bagi kerakyatan kepada nenek moyang kamu”

“I nak ajar u tentang kepulauan nusantara dan boleh la i tunjuk yang moyang you datang dari kepulauan mana”

“Sungguh kurang ajar”

Sikap tidak menghormati institusi diraja pada hari ini dilihat semakin parah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pun begitu, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan dan memerlukan tindakan pihak-pihak terbabit untuk mengatasinya.

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra