Siakap Keli

Komuniti Dunia Suarakan Kebimbangan ‘World War 3’ Mungkin Tercetus

Ekoran situasi tegang antara Amerika Syarikat dan Iran selepas pembunuhan komander tertinggi Iran, satu serangan peluru berpandu ke atas pangkapalan tentera yang menempatkan tentera AS di Iraq telah dilancarkan. Berita mengenai serangan tersebut telah menggemparkan dunia sejak pagi tadi waktu tempatan.

Dilaporkan, sekitar 30 orang warga AS telah meninggal dunia pada serangan yang telah dilancarkan itu. Menerusi laporan lain, Iran turut memberi amaran untuk melancarkan serangan terhadap Israel dan UAE sekiranya pihak AS membalas serangan misil mereka.

Di samping itu, Trump pula melalui Twitter miliknya menegaskan bahawa tenteranya yang berkuasa berada di seluruh pelusuk dunia. Ianya bagaikan memberi amaran kepada Iran ekoran serangan peluru berpandu itu.

Konflik yang melibatkan kedua-dua negara nuklear ini didakwa boleh menyebabkan tercetusnya perang dunia ketiga. Sudah sedia maklum, peperangan merupakan perkara yang sangat besar tambahan ianya melibatkan dua buah negara yang besar dan lengkap dengan peralatan perang.

Melalui ruangan media sosial, rata-rata warganet menyuarakan kebimbangan mereka sekiranya terjadi perang dunia ketiga. Ianya bukan sahaja boleh merugikan ekonomi sesebuah negara, malah turut boleh mengorbankan pihak yang tidak bersalah.

“Baru memasuki tahun 2020 yang seperti tahun terbaik untuk hidupku, Perang Dunia Ketiga berlaku”

“Perang dunia ketiga sedang berlaku..ianya berita buruk kepada komuniti”

“Oh tuhanku, perang dunia ketiga bukanlah gurauan. Ianya telah bermula”

Melalui sumber yang lain, ada juga segelintir individu yang tidak sensitif dengan perkara yang melibatkan perang dunia. Malah, ada yang bergurau di laman sosial dengan menggunakan ‘memes’.

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra