Siakap Keli

(Video) “Tak Kena Marah Dengan Rosmah, Itu Normal Perbualan Antara Suami Isteri” – Najib

Baru sebentar tadi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendedahkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Susulan daripada itu, satu temuramah dibuat oleh wartawan tempatan menyatakan bahawa dirinya terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh pihak SPRM itu.

“Saya ulangi sekali lagi, ini adalah satu pendedahan yang belum pernah berlaku di negara kita. Ini boleh memberi kesan kepada perhubungan diplomatik dengan negara lain.”

Bagaimanapun, Datuk Seri Najib menegaskan kejadian ini harus diambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang mencetuskan isu ini.

Jelasnya lagi, ada sesetengah institusi yang boleh menjalankan ‘wiretapping’ haruslah ikut peraturannya

“Tiada dimarahi apa-apa, itu adalah normal perbualan antara suami isteri. Semua orang boleh beri pandangan tapi saya yang buat keputusan.”

Rakaman yang dikongsikan dilaman Facebooknya, peguamnya turut serta menjelaskan isu pendedahan ini. Katanya, pihak mereka akan menyiasat semula isu pendedahan ini.

 

Sumber: Najib Razak

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)