Siakap Keli
Kredit: The Sun

(Video) Tular Rakaman Dakwa Pesawat Penumpang Ukraine Meletup Akibat Terkena Peluru Berpandu

Satu video menakutkan didakwa misil milik Iran membelah langit Tehran pada malam kejadian pesawat Ukraine meletup dan terhempas tular di media sosial.

Pesawat PS752 Boeing 737-800 milik Ukraine International Airlines (UIA) itu terhempas beberapa jam selepas Iran menyasarkan pangkalan tentera di Iraq, menyebabkan pakar menimbulkan andaian ia mungkin tertembak jatuh secara tidak sengaja.

Tragedi itu membunuh kesemua 176 penumpang pesawat yang terdiri daripada warganegara Iran, Kanada, Ukraine, Sweden, Afghanistan, Britain, dan Jerman.

Perdana Menteri Kanada dan Britain, Justin Trudeau dan Boris Johnson berkata, pihak perisikan mendakwa kejadian itu berpunca daripada roket Iran yang dilancarkan dari darat.

Letupan berlaku di lokasi terakhir pesawat

Analisis video menunjukkan letupan berlaku di lokasi terakhir pesawat UIA dikesan di ruang udara Parand, barat daya Tehran pada 6.14 pagi Selasa.

Rakaman menunjukkan objek bercahaya membelah langit dipercayai misil Iran sebelum dipercayai berlanggar dengan objek lain di udara dipercayai pesawat Ukraine menyebabkan ledakan.

Cahaya yang lebih cerah dilihat bergerak dalam arah berbeza dipercayai bahagian kapal terbang yang terbakar selepas perlanggaran.

Dalam video rakaman didakwa kamera litar tertutup (CCTV) penduduk tempatan, satu letupan besar telah berlaku di atas tanah dan serpihan berterbangan di hadapan kamera.

Pentagon dan pegawai Iraq percaya pesawat itu jatuh akibat tembakan misil.

Pesawat hilang hubungan lepas 2 misil dilancarkan

Dalam satu laporan yang dikongsikan The Sun, data radar menunjukkan dua misil buatan Russia jenis SA-15 atau turut dikenali sebagai Tor-M1 baru sahaja dilancarkan tidak lama sebelum pesawat hilang hubungan.

Tragedi udara itu berlaku beberapa jam selepas Tehran dilaporkan menembak sekurang-kurangnya 15 peluru balistik ke dua pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Kredit: The Sun
Kredit: The Sun

Beberapa gambar di media sosial mendakwa bahagian peluru berpandu anti-pesawat ditemui berhampiran nahas di Parand.

Bahagian roket yang didakwa misil iran ditemui berhampiran lokasi serpihan pesawat ditemui.
Bahagian roket yang didakwa ditemui berhampiran lokasi serpihan pesawat ditemui. (Kredit: The Sun)
Bahagian roket yang didakwa misil iran
Bahagian roket yang didakwa ditemui berhampiran lokasi serpihan pesawat ditemui. (Kredit: The Sun)

Rusia sebelum ini dilaporkan menghantar 29 Tor-M1 kepada Iran pada 2007 sebagai sebahagian daripada kontrak bernilai AS$700 juta yang ditandatangani pada Disember 2005. Iran dikatakan turut mempamerkan senjata itu ketika perarakan ketenteraan.

Bunyi bising di markas tentera

Saksi yang mendakwa tinggal berhampiran lokasi kejadian berkata terdengan bunyi bising yang kuat di pangkalan tentera Parandak ketika berlaku tragedi.

“Saya tinggal di Parand dan 2 ke 3 minit sebelum pesawat jatuh, dua bunyi yang amat bising dapat didengari di markas Parandak,” tulis seorang pengguna Twitter melalui The Sun.

Penyiasat Ukraine kini mencari serpihan roket yang didakwa ditemui di lokasi terhempas.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Ukraine, Oleksiy Danylov berkata, serangan misil menjadi antara teori utama punca nahas.

“Serangan misil, kemungkinan dari sistem peluru berpandu Tor antara teori utama,” katanya.

Ukraine sedang menyiasat pelbagai punca kejadian termasuk serangan peluru berpandu, perlanggaran, letupan enjin atau keganasan, ujar Danylov.

Sebelum ini, pakar Operational Safety Section (OPS) menyatakan telahan awal kejadian ini mungkin serupa dengan nahas yang menimpa MH17 di Ukraine pada 2014 lalu.

Iran terus nafi

Iran masih menafikan pesawat ditembak jauh.

Jurucakap kerajaan, Ali Rabiei berkata, “Semua laporan ini adalah serangan psikologi ke atas Iran.”

“Semua negara yang warganegaranya menaiki pesawat berkenaan boleh menghantar perwakilan dan kita menggesa Boeing untuk menghantar wakilnya bagi menyertai proses menyiasat kotak hitam,” katanya.

Sebelum ini, Iran dilaporkan enggan menyerahkan kotak hitam kepada pengeluar Boeing dan AS.

Sumber: The Sun, MarsdNews24

Amira

Love yourself.