Siakap Keli
Kredit Foto: facebook

Starbucks Hasilkan Beg Kertas Edisi Khas, Jadi Kegilaan Terbaru Pelanggan Setia

Starbucks merupakan satu tempat yang digilai ramai terutama bagi mereka yang sudah bekerja dan masih muda remaja.

Biarpun harga yang ditawarkan di sana agak mahal, namun masih ramai yang berkunjung ke sana. Hal ini mungkin disebabkan rasanya yang sedap dapat menambat hati ramai orang di luar sana.

Bukan hanya menjual minuman yang mampu menambat hati anda, kini Starbucks Singapura telah melancarkan koleksi Iconic Siren yang merupakan koleksi beg yang reka khas kepada pelanggan Starbucks.

Setiap pembeli hanya perlu membeli dua atau lebih minuman di mana-mana cawangan Starbucks di Singapura untuk mendapatkan beg ini.

Koleksi ini boleh didapati bermula daripada 13 Januari 2020.

Dompet kecil ini merupakan salah satu Iconic Siren yang dikatakan mesra pengguna. Ianya hanya berharga 12.90 Singapore Dollar (RM 39) sahaja. Dompet ini mempunyai logo kecil di bahagian hadapannya. Ia juga merupakan beg yang paling kecil yang dikeluarkan dalam koleksi ini.

Manakala beg tote ini merupakan beg paling besar yang terdapat dalam koleksi ini dijual dengan harga hampir RM100 (32.90 Singapore Dollar). Beg tote ini menampilkan ikon jenama Starbucks yang diletakkan pada bahagian tali beg tersebut.

Kredit Foto: facebook

Manakala sling beg yang sedikit kecil ini berharga 28.90 Singapore Dollar (RM87.50) manakala sling beg bersaiz sederhana ini juga berharga 28.90 Singapore Dollar (RM87.50).

Kredit Foto: facebook

Ianya sangat sesuai kepada penggemar Starbucks yang sering berkunjung ke sana untuk mendapatkan koleksi ini.

Sumber: Mothership, Starbucks Singapore

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.