Siakap Keli

Dianggarkan 9 Ribu Sahaja Tinggal, Koala Australia Makin Sikit

Puluhan koala yang cedera tiba di hospital haiwan sementara Taman Hidupan Liar Kangaroo Island setiap hari di dalam sangkar kucing, bakul baju serta berpaut kepada penjaga hidupan liar.

Kecederaan yang dialami berpunca daripada kebakaran hutan yang memusnahkan hidupan liar di pantai Australia Selatan. Terdapat begitu banyak marsupial yang kini memerlukan rawatan dengan segera namun penjaga tidak mempunyai masa untuk memberi nama dan hanya dirujuk sebagai nombor.

Koala nombor 64 merupakan salah satu daripada mereka yang dibawa dengan kesan terbakar di keempat-empat kakinya.

Seorang doktor haiwan, Peter Hutchison, menjelaskan bahawa koala tersebut telah menerima pelbagai rawatan dan ia sedang sembuh dengan baik.

Tidak semua koala yang diselamatkan begitu bernasib baik. Ramai yang didapati cedera parah sehingga mereka perlu ‘dimatikan’.

Ketua pasukan Pengurusan Kecemasan Veterinar di Steven Selwood, Australia Selatan mengatakan kira-kira 46 ribu koala dianggarkan berada di pulau itu sebelum kebakaran hutan berlaku tahun ini. Dianggarkan hanya sebanyak 9 ribu sahaja lagi yang tinggal dan ia dianggap sebagai sangat buruk.

“Kebakaran di sini sangat ganas dan bergerak dengan pantas, jadi kita boleh lihat bahawa banyak hidupan liar yang cedera dalam kebakaran itu,”katanya.

Menteri Alam Sekitar Australia, Sussan Ley berkata koala di negara itu telah mendapat ‘kejutan luar biasa’ sebagai akibat daripada kebakaran hutan yang telah berlarutan selama berbulan-bulan dan menunjukkan mereka boleh disenaraikan sebagai ‘terancam’ untuk kali pertama.

Hampir separuh daripada Pulau Kangaroo telah dijilat oleh api dan kira-kira 80 peratus habitat koala ‘terhapus’.

Sumber: Japan Times

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra