Siakap Keli

Kembang Tekak, Viral Tikus Montel ‘Berendam’ Dalam Bekas Makanan Dipercayai Di Restoran

Aspek kebersihan ketika menyediakan makanan harus dititik berat supaya ianya dijamin bersih dan selamat untuk dimakan. Terutama bagi premis-premis makanan yang menyajikan hidangan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Hal ini perlu dititik beratkan supaya ianya tidak menjejaskan kesihatan pelanggan yang menikmati hidangan di setiap premis ataupun gerai makanan tersebut.

Menerusi satu rakaman video disebuah premis makanan yang didakwa tidak bersih dan muncul seekor tikus sedang menjamu selera bersama lauk yang dijual di premis berkenaan.

Kredit Foto: facebook

Menjijikkan. Itulah yang dapat digambarkan dengan kejadian tersebut apabila tikus tersebut dilihat sedang berlegar-legar dalam bekas makanan yang sedang dijual di kedai berkenaan.

Lebih memeranjatkan apabila tikus tersebut turut masuk ke dalam bekas makanan berkenaan dan dapat dilihat ianya seperti sedang enak menikmati makanan yang dijual itu.

Tikus itu juga kelihatan sangat besar dan pastinya makanan tersebut sudah tercemar dan boleh menjejaskan kesihatan pelanggan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi rakaman itu diambil.

Sumber: Facebook

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.