Siakap Keli

Ingat Jalan ‘Clear’, Aksi Motosikal Selamba ‘Flip’ Kancil Hingga Berpusing

Tular di media sosial, sebuah perkongsian yang memaparkan mengenai kejadian kemalangan antara sebuah kereta dan motosikal di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik Twitter @unholyEddy, kereta kancil itu didakwa telah melanggar lampu isyarat sebelum motosikal yang berada di laluan betul memecut laju lalu merempuh kereta berkenaan.

Walau bagaimanpun, lokasi dan keadaan mangsa tidak dapat dipastikan sehingga kini.

”Lampu hijau pun tak selamat”

Pada mulanya, lampu isyarat bertukar kepada warna hijau dan keadaan jalan raya lengang.

Secara tiba-tiba, sebuah kereta kancil meluncur laju dipercayai melanggar lampu isyarat sebelum sebuah motosikal merempuh kereta tersebut.

Impak daripada perlanggaran tersebut, kereta kancil berkenaan dilihat berpusing sehingga terpelanting.

Insiden tersebut telah mengundang perhatian netizen. Rata-ratanya tampil memberikan pelbagai reaksi dengan ada di antaranya yang menyalahkan kedua-dua pihak.

Motosikal boleh ‘flip’ kancil yang dua kali ganda lebih berat

Laju dia tu sampai terpelanting kereta

Tengok dulu jalan walau lampu hijau

Sumber : @unholyEddy

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra