Siakap Keli
Kredit: Google

Iran Tahan Perakam Detik Pesawat Ukraine Ditembak Misil, Dikaitkan Jadi Punca Dunia Tahu Cerita Sebenar Kejadian

Sebelum ini tular video detik-detik yang menunjukkan pesawat Ukraine terkena tembakan misil milik Iran setelah beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini.

Iran pada mulanya menafikan pesawat itu telah ditembak sebaliknya menyalahkan kegagalan enjin yang menjadi punca pesawat berkenaan terhempas.

Bagaimanapun rakaman video yang tular itu membuatkan warga dunia mengecam Iran sehingga negara itu akhirnya mengaku bahawa pesawat tersebut tak sengaja ditembak pihaknya.

Terbaru, BBC melaporkan Iran menahan individu yang dipercayai merakam dan menyebarkan video tersebut.

iran video pesawat
Serpihan bangkai pesawat yang ditemui. (Kredit: Google)

Individu berkenaan mungkin bakal berdepan dakwaan berkaitan keselamatan negara, lapor BBC.

Beberapa penahanan telah dibuat berikutan tragedi yang membunuh kesemua 176 penumpang pesawat PS752 berkenaan pada Rabu lalu.

Presiden Hassan Rouhani berkata kes tersebut akan disiasat di bawah mahkamah khas yang dipantau seluruh dunia.

“Ini bukan kes yang biasa. Seluruh dunia akan memantau mahkamah ini,” katanya dalam satu ucapan, lapor BBC.

Beliau juga mendakwa kejadian itu tidak boleh dipersalahkan ke atas seorang individu sahaja.

Sumner: BBC

Amira

Love yourself.