Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Saya Tolak Vellfire, Saya Pilih Proton” – Syed Saddiq

Susulan desas desus mengenai cadangan penggunaan kereta Toyota Vellfire dan Honda Accord sebagai kenderaan rasmi Menteri dan Timbalan menteri Malaysia, isu ini terus hangat dibahaskan oleh para netizen.

Tidak berdiam diri, Syed Saddiq menerusi laman Twitter miliknya turut menyuarakan pendapat peribadinya. Menurutnya, beliau menolak kereta rasmi jenis Toyota Vellfire dan juga Mercedez Benz sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Terdahulu, isu mengenai kenderaan rasmi kerajaan telah menjadi topik perbualan hebat apabila kereta Vellfire disyorkan sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Walau bagaimanapun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengesahkan bahawa kereta Proton Perdana kekal sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Sumber: Syed Saddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra