Siakap Keli
Kredit: Stance Grounded

(Video) Aksi Koala Gengam Erat Tangan Penyelamatnya Ketika Minum Air Undang Rasa Sebak

Sebelum ini pernah tular video seorang wanita memberi seekor koala yang mengejarnya minum dipercayai kerana dahaga berikutan kepanasan melampau di Australia.

Terbaru, seorang lelaki bertindak serupa dengan memberi seekor koala minuman dari botol air miliknya.

Reaksi haiwan itu membuatkan ramai terharu dan tersentuh menyaksikan tindakannya mencapai dan memegang tangan lelaki itu.

Video tersebut membuatkan ramai netizen tersentuh dengan nasib yang menimpa haiwan berkenaan.

“Ia bukan haiwan yang jinak. Ketakutan yang mereka alami mengatasi ketakutan semulajadi mereka terhadap manusia.”

koala minum air

Haiwan tidak berdosa ini amat terdesak dan mencari manusia untuk meminta pertolongan.

Sedih

Walaubagaimanapun, tindakan lelaki berkenaan turut mendapat teguran netizen yang mendakwa cara tersebut boleh menyebabkan kematian koala.

koala minum air

Menurut laporan media, seekor koala yang terselamat dari kebakaran mati apabila minum terlalu banyak air dalam posisi yang salah, menyebabkan air memasuki paru-parunya.

Aktivis haiwan menasihatkan orang ramai agar mengelakkan memberi koala minum dari botol air kerana ia boleh membahayakan haiwan berkenaan.

Sebaliknya, mereka menyarankan agar orang ramai menyediakan bekas minuman agar koala dapat minum dari bekas tersebut dengan cara semulajadi mereka.

Kebakaran belukar di Australia baru-baru ini membuatkan banyak haiwan kehilangan tempat tinggal dan kekurangan sumber makanan serta minuman yang cukup.

Sebagai inisiatif, kerajaan negeri itu menjatuhkan lobak dan keledek dari udara untuk memastikan haiwan-haiwan yang terselamat mempunyai sumber makanan.

Sumber: Stance Grounded

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.