Siakap Keli

(Video) Hujan Turun Di Australia, Siap Sedia Risiko Ribut Dan Banjir Kilat Pula

Setelah beberapa bulan bumi Australia dilanda kemarau dan kebakaran yang dasyat, pagi tadi dilaporkan hujan sudah mula turun dan memberi kelegaan kepada seluruh penduduk sekitar.

Cuaca ini nampaknya memberi kelegaan kepada anggota bomba yang bertungkus-lumus mengawal dan memadamkan kebakaran selama lebih tiga bulan. Kebakaran dasyat di Australia telah mengorbankan seramai 28 orang dan memusnahkan lebih 2,000 rumah.

Hujan yang turun dapat memberikan masa rehat buat petugas pemadam kebakaran setelah berkerah tenaga selama berbulan-bulan.

Gambar: Nine Network

Menurut Pemeriksa Perkhidmatan NSW, Ben Shepherd, hujan tersebut merupakan ramalan paling positif bagi RFS setelah berbulan-bulan. Ia juga memberi peluang kepada petugas pemadam kebakaran untuk berehat.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan sekiranya ribut petir yang melanda berisiko memberi bencana yang lebih besar. Perkara ini kerana ribut petir dan hujan lebat boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir ekoran struktur tanah sudah tidak lagi kukuh.

Gambar: Nine Network

Walaupun hujan dialu-alukan, hujan lebat dan ribut di kawasan yang terjejas kebakaran boleh membawa keadaan yang berbahaya seperti risiko banjir kilat.

Pihak berkuasa NSW juga menyarankan agar penduduk di kawasan terjejas kebakaran untuk sentiasa berwaspada dengan kemungkinan tanah runtuh dan jalan raya rosak. Mereka juga diberi amaran untuk mempersiapkan diri dan barangan bagi menghadapi segala kemungkinan.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra