Siakap Keli

(Video) Makin Comel & Montel, Wajah Terkini Adik Ainul ‘Sebijik’ Macam Walid & Penuh Senyuman

Suatu masa dahulu, negara kita telah digemparkan dengan seorang bayi bernama Ainul Mardhiah yang menghidapi ketumbuhan di bahagian mulutnya.

Setelah keadaan adik Ainul yang menderita pada ketika itu dikongsikan di media sosial, ianya telah menjadi tular dan telah menjadi bualan ramai rakyat Malaysia yang prihatin akan nasib yang menimpa bayi malang itu.

Sesudah ianya tular, rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap murah hati mula menawarkan bantuan dari segala aspek. Malahan ianya juga turut mendapat perhatian daripada Dr. Amalina Bakri yang berada jauh di eropah untuk menawarkan bantuan terhadap adik Ainul ini.

Daripada di Malaysia, sehinggalah ke London, rakyat Malaysia mahu mengikuti perkembangan berkenaan dengan adik Ainul ini.

Berkat doa serta bantuan yang tidak putus-putus dari pelbagai pihak, adik Ainul ini telah selamat dirawat dan kini telah dilaporkan sihat daripada penderitaan yang dialaminya dulu.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh bapa kepada adik Ainul menerusi akaun Instagramnya, telatah adik Ainul yang dahulunya menderita ini kini sudah pandai untuk senyum dan bergurau senda bersama keluarganya.

https://www.instagram.com/p/B7YcJ_1lZRK/?igshid=1sw2oytuxzio8&fbclid=IwAR2UtnLZPSk-0UDKzPgEQTRvGb9dx6MT6aJQFxbrea3dqiIwnNfq7r6UrPw

Sebilangan rakyat Malaysia yang tidak putus mengikuti perkembangan adik Ainul ini menyatakan kegembiraan serta kesyukuran terhadap adik Ainul.

Telatah comel adik Ainul ini sekali gus telah membuatkan ramai rakyat Malaysia menghembuskan nafas lega selepas apa yang dilalui olehnya suatu masa dahulu.

Berikut adalah antara komen-komen yang terdapat pada perkongsian video telatah adik Ainul ini:

Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia

Sumber: Ahmad Safiuddin

Aqmal Ezany

I write what is right