Siakap Keli
Kredit: The Guardian/Google

(Video) Satu-Satunya Pokok Pine Wollemi Liar Di Dunia, Misi Rahsia Bomba Selamatkan Spesis Pokok ‘Seusia’ Dinasour

Sekumpulan bomba melakukan misi rahsia menyelamatkan pokok prasejarah pine Wollemi atau dikenali sebagai pokok ‘dinosaur’ dari kebakaran belukar di New South Wales (NSW), Australia.

Pokok ini dikatakan wujud sejak zaman dinosaur 200 juta tahun lalu dan hanya tinggal kurang dari 200 batang pada hari ini.

Menurut The Guardian, lokasi sebenar pokok di taman negara Wollemi itu dirahsiakan dari umum bagi melindunginya dalam jangka masa panjang.

Menteri Tenaga dan Alam Sekitar NSW, Matt Kean berkata satu pasukan khas telah ditugaskan untuk menyelamatkan pokok terancam itu dengan menggunakan bahan kalis api dan membina sistem pengairan.

Disamping itu, mereka juga menyiram pokok berkenaan apabila api menghampiri bagi melindunginya dari kebakaran yang memusnahkan lebih 500,000 hektar kawasan Gospers Mountain.

pokok dinosaur
Pokok pine Wollemi ini didakwa wujud sejak zaman dinosaur. (Kredit: Google)

Dalam satu penilaian saintifik, penyelidik mendapati pokok itu boleh bertahan di hutan walaupun spesies lain terbakar.

Pernah wujud secara meluas di hutan Australia, New Zealand dan Antartika, ia dipercayai pupus sebelum penemuan semula pada tahun 1994.

Ia ditemui sekumpulan saintis yang kemudiannya menghantar sampel tumbuhan tersebut ke taman negara.

Ia juga diedarkan ke taman-taman botani di seluruh dunia untuk memelihara tumbuhan itu dari kepupusan.

Kebakaran belukar ini dilaporkan telah memusnahkan lebih 5 juta hektar di NSW dan lebih 10 juta hektar di seluruh negara. Malapetaka ini dikatakan telah membunuh kira-kira lebih 1 billion haiwan dari pelbagai spesies.

Sumber: The Guardian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.