Siakap Keli

Wanita Diserang Ular Ketika Sedang ‘Melepaskan Hajat’ Di Dalam Tandas

Sesiapa sahaja pasti pernah membayangkan sesuatu yang ngeri atau menakutkan akan keluar dari mangkuk tandas sehingga kadang-kadang membuatkan paranoid menguasai diri. Namun langkah berjaga-jaga juga perlu dilakukan.

Seperti situasi sebenar yang dialami oleh seorang wanita di Thailand baru-baru ini yang diserang oleh seekor ular semasa sedang ‘melepaskan hajatnya’.

Kredit Foto: Mirror UK

Anak kepada wanita itu berkongsi di laman Facebook bahawa ular tersebut yang bersembunyi di dalam tandas tiba-tiba mengeluarkan taring dan menggigit paha ibunya.

Ibunya yang terkejut memegang kepala ular itu dan cuba untuk melepaskan cengkaman taring yang menggigit pahanya namun ular itu mencengkam dengan lebih kuat sehingga menyebabkan kakinya berlumuran dengan darah.

 

Gadis itu mendengar jeritan ibunya dan masuk ke dalam tandas dengan membawa pisau dan penukul untuk menyelamatkannya.

“Ibu saya menggunakan pemotong pada ular tetapi kulitnya sangat kasar sehingga dia tidak sengaja ‘memotong’ pahanya sendiri sedalam 3 sentimeter.

“Ibu saya hampir tidak sedarkan diri semasa ular itu berterusan membelitnya.

Wanita itu pada akhirnya  menghentak kepala ular ke lantai dan anak lelakinya memukul haiwan tersebut sehingga mati.

Nasib menyebelahinya apabila dia selamat dan terus dibawa ke hospital dan lukanya yang dalam dijahit.

Sumber: New York Post, The Mirror

Sofea

There's always another side to every story

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)