Siakap Keli

(Video) “Nasib Baik Ada Tom,” Rumah Bujang Jadi Riuh Dek Kerana Seekor Anak Tikus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa saja yang tidak takut atau geli dengan haiwan atau serangga perosak seperti tikus, lipas dan lain-lain lagi.

Kebiasaanya yang kita dengar, kaum perempuan memang takut dan geli dengan spesis haiwan itu. Namun, satu video yang tular di laman media sosial Twitter menunjukkan kaum lelaki juga turut takut dengan haiwan itu.

@syfqtominay_ telah memuat naik satu video di Twitternya dimana seekor kucing yang diberi nama Tom telah menangkap tikus yang berada dalam rumah sewa dia dan rakan-rakannya.

Dalam video yang berdurasi 47 saat itu dilihat mereka memegang peralatan masing-masing demi menghalau tikus tersebut.

Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat menangkap tikus tersebut. Mujur Tom, kucing peliharaan mereka dapat menangkap tikus tersebut.

Tikus ada satu je tapi yang kecoh 10 orang, nasib baik ada Tom

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut sampai ada yang tanya jika Tom buka kelas tuisyen untuk kucing.

 

Sumber : Twitter Syafiq

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)