Siakap Keli

Jabatan Perdana Menteri Ditukar Nama Kepada Kompleks Setia Perdana Mulai 1 Februari

Putrajaya : Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Parcel B, Putrajaya akan dikenali sebagai Kompleks Setia Perdana, berkuatkuasa 1 Feb 2020.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini berkata setiap bangunan di kompleks berkenaan akan dikenali sebagai Setia Perdana 1 hingga 8, menggantikan nama Blok 1 hingga 8 yang digunakan pada masa sekarang.

“Ini inisiatif untuk penjenamaan kompleks kerajaan yang telah menggunakan nama Parcel A hingga F sejak pembangunan Putrajaya dilaksanakan 25 tahun dahulu,” kata JPM.

Orang ramai  boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri di talian telefon 03-8872 3438 / 3437 atau layari laman web: www.jpm.gov.my untuk sebarang pertanyaan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.