Siakap Keli
Kredit: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Seram, Budak 10 Tahun Lukis Foto Bunuh Diri & ”Love” Berguguran Undang Pertanyaan

Hasil seni merupakan manifestasi hati. Jika kita lihat karya seni sama ada lukisan atau lagu yang dihasilkan golongan seni, masing-masing mempunyai erti yang tersendiri.

Sebagai contoh, karya “Old Man in Sorrow” pada 1890 ini merupakan antara karya terakhir Vincent van Gogh, pelukis yang menderita menderita tekanan mental sehingga ke akhir hayatnya.

(Kredit: How Stuff Works)

Baru-baru ini, seorang penceramah pelajar sekolah, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi kiriman gambar yang dimuatnaik oleh seorang wanita.

Menurut wanita berkenaan, lukisan tersebut merupakan hasil lakaran seorang murid yang baru berusia 10 tahun.

“Bagi saya, ini bukan gurauan. Bukan benda kelakar. Ia bukan satu lukisan yang tidak memberi apa erti. Ia serius! Sangat!” tulis Fairuz.

“Ini adalah manifestasi kesedihan, kesunyian, ketakutan yang telah bersarang sedikit demi sedikit, boleh jadi seawal usia 7 tahun.

“Jika kita mak ayah, apa yang akan kita lakukan? Abaikan atau membantu?

“Saya bukanlah pakar mentafsir gambar, tetapi menurut pengamatan saya, lukisan kanak-kanak yang dikongsi Puan Zila Aloyah ini bermaksud,

  1. Gambar pokok dan manusia yang diwarnakan dengan pensel. Ia menggambarkan belenggu jiwa yang disimpan selama ini.
  2. Lukisan daun yang berguguran. Ia seolah-olah memberitahu tiada lagi harapan bagi dirinya. Dan agak menghairankan ia dilukis mirip-mirip bentuk love dan ‘love’ ini jatuh gugur di bawah.
  3. Manusia yang bunuh diri. Idea bunuh diri telah ada. Ini bukan main-main.
Gambar hiasan. (Kredit: Today Show)

Apa yang kita boleh bantu?

Jika kejadian berlaku di sekolah, mohon guru yang menjumpai lukisan kanak-kanak berkenaan merujuk budak ini kepada kaunselor.

Hubungi ibubapa, terang apa yang berlaku dan tolong rujuk ke hospital bertemu pakar psikiatrik kanak-kanak.

Bantu dari awal sebelum ia jadi lebih teruk.

Jika berlaku satu benda buruk kelak, jangan pula kita kata,

Tengok anak happy je, tak ada masalah.”

Sedang kita seolah-olah terlupa dia pernah meluahkan kepada kita melalui tulisan atau ketika perbualan seharian, pesan beliau.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.