Siakap Keli

Gara-Gara Nak Balik Kampung, Amah ‘Kantoi’ Saja Celup Tangan Bayi Dalam Periuk Panas

Seorang pembantu rumah ditahan oleh pihak polis di Singapura kerana dipercayai mencelup tangan anak majikannya  berulang kali di dalam periuk yang mendidih.

Seminggu yang lalu, ibu kepada bayi 16 bulan itu telah berkongsi satu rakaman video ke laman media sosialnya.

Rakaman kamera keselamatan selama 45 saat itu dirakam di dapurnya ketika dia dan suaminya sedang bekerja. Wanita itu juga memuatnaik beberapa keping gambar yang memperlihatkan kesan melecur pada bayi tersebut.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena dan mengambil keputusan untuk memeriksa rakaman CCTV di rumah sambil menunggu pembantu rumah itu dijemput.

“Apa yang saya lihat sangat mengerikan. Pembantu rumah itu sengaja melakukannya. Ia bukan kemalangan. Dia mengambil tangan anak perempuan saya dan mencelupkan tangannya ke dalam periuk yang mendidih. Saya menggigil dan terus membuat laporan polis,” katanya.

Menerusi rakaman tersebut, bayi itu kedengaran menjerit dalam kesakitan selepas tangannya diletakkan dalam air panas lebih kurang dua kali.

Pembantu rumah tersebut menafikan segala tindakannya dan berkata bahawa bayi itu sendiri yang menyentuh periuk panas tersebut. Pada awalnya, majikannya itu percaya terhadapnya namun curiga setelah dia bertegas untuk pulang ke rumah serta agensinya telah mula menguruskan pemindahannya kepada keluarga lain.

Pembantu rumah dari Myanmar itu kemudian mengaku dan melakukannya sebagai cara untuk dia cepat pulang ke kampung halaman.

Dia yang berusia 30 tahun itu telah ditahan pada 15 Januari kerana secara sengaja menyebabkan kecederaan sehingga mendatangkan bahaya.

Sumber: Coconuts.co

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra